Sunday, March 19, 2017

Tips putihkan gigi untuk si perokok tegar

Semua orang mengimpikan gigi yang bersih,putih dan teratur. Namun cara penjagaannya bukanlah mudah seperti yang kita sangkakan. Terutamanya pada golongan yang merokok. Kesan daripada tar dan juga bahan kimia yang ada pada rokok memberikan sedikit sebanyak peyumbang kepada kekuningan pada gigi anda. Tak percaya??? Tanya pada diri??
Nak kembali putihkan gigi anda mungkin ini beberapa perkara yang boleh membantu anda untuk kembalikan zaman kanak-kanak anda…
1.       Strawberi.
Mungkin ramai yang tak percaya artikel yang di tuliskan ini. Namun anda harus percaya bahawa penggunaan strawberi sebagai salah satu cara untuk memutihkan gigi ini diaplikasikan oleh artis-artis tekenal diluar negara Negara seperti tyra banks dan Catherine zeta jones.

Strawberi merupakan salah satu buah-buahan yang kaya dengan vitamin C menyebabkan ianya menjadi  salah satu buah-buahan yang patut ada bagi memutihkan gigi semula. Namun begitu, pasti sukar untuk mendapatkan buah strawberi di Negara kita ekoran iklim yang tidak sesuai.
jangan risau,ada banyak lagi cara teruskan membaca.

2.       Hydrogen peroxide.
Dengar nama nya sudah pasti ianya sejenis bahan kimia. Namun jangan takut kerana penggunaan bahan kimia secara terkawal tidak akan memudaratkan, sebaliknya penggunaan yang berlebihan boleh membawa kepada kerosakan gigi.

Bahan kimia ini merupakan sejenis bahan kimia yang digunakan sebagai agen untuk menyegarkan makanan. Penggunaan hydrogen peroxide ini dapat menghakis kuning pada gigi seterusnya membuatkan gigi anda menjadi putih dan bersih.

3.       Minyak kelapa.
Semestinya pokok yang terkenal sebagai pokok seribu guna ini terus digunakan sebagai salah satu agen dalam memutihkan gigi.  Penggunaan minyak kelapa ini membuatkan gigi anda bersih daripada pluk seterusnya memutihkan gigi anda yang kekuningan.

Penggunaannya sangat mudah, sediakan satu sendok minyak kelapa, kumurkan dan buang. Kemudian bersihkan dengan air suam. Mudahkan.

4.       Garam dan lemon.
Seperti yang kita tahu kedua bahan ini merupakan suatu kombinasi yang agak baik dalam kerja-kerja menghakis. Jadi saya simpankan kombinasi ini di dalam artikel kerana saya percaya ini merupakan cara yang bakal menghasilkan kepuasan kepada diri anda. 

Selamat mencuba!! 

Tempat Menarik Di Sabah

Sabah merupakan salah satu tempat percutian yang sangat menarik di dunia. Jauh dairpada pencemaran udara oleh tangan-tangan dan hati-hati yang mahu mengaut keuntungan semata. Hutan hujan tropika yang tebal serta keindahan flora dan fauna yang pastinya memukau setiap pelancong yang datang melawat. Ini sebab mengapa sabah patut dijadikan destinasi percutian anda.

1.    Pulau-pulau yang tercantik di Asia.



Keindahan pulau-pulau di sabah tidak boleh dipertikaikan lagi. Semua orang tahu sabah kaya dengan sumber aslinya. Keindahan air laut yang jernih membuatkan jiwa anda terpukau dengan keindahan semula jadi yang ada di sabah. Antara pulau-pulau yang anda boleh lawati ialah pulau manukan, pulau sipadan, pulau sapid dan banyak lagi. Kepelbagaian aktiviti di pulau-pulau ini juga turut menjadi perhatian pelancong antaranya, snorkeling, banana boat, sea walking dan pelbagai lagi.

2.    Gunung kinabalu.

Siapa tidak kenal dengan kisah si Akinabalu kan??? Gunung yang tertinggi di asia tenggara ini semestinya membawa 1001 cerita yang akan menjadikan pengalaman yang paling indah dalam seumur hidup anda. Anda akan teruja melihat pemandangan sekitar gunung ini.

3.    Makanan laut boleh didapati dengan harga yang sangat murah.

Makanan laut menjadi tidak asing lagi bagi mereka yang bercuti ke sabah. Kekayaan hasil laut sabah menjadi faktor kepada kepelbagaian jenis masakan laut. Selain itu, makanan laut ini boleh didapati dengan harga yang sangat rendah terutamanya di bahagian timur sabah, iaitu Tawau dan Sandakan. Anda boleh mendapatkan udang hanya dengan harga RM10/KILO. Murahkan??

4.    Kepelbagaian kaum

Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia. Semestinya memiliki kepelbagaian kaum,bangsa dan agama. Di sabah sebanyak 38 etnik yang berbeza. Dan yang menariknya anda akan merasai kepelbagaian loghat melayu di setiap daerah yang anda lawati. Sampai di timur sabah anda akan dengar seolah-olah mereka bercakap seperti orang Indonesia, lain pula di bahagian kota kinabalu penggunaan bahasanya lebih baku, berlainan lagi di setiap daerah yang lawati. Menarikkan?? Mereka masih lagi berdiri bersama di atas nama sebuah negeri walaupun berlainan bangsa.

5.    Kekayaan hasil hutan yang mencuri perhatian anda

Selain daripada kekayaan hasil laut, sabah juga memiliki keindahan flora dan fauna yang memikat hati anda. Pelbagai jenis tumbuhan dan binatang boleh didapati di sabah. Orang utan merupakan salah satu haiwan yang menarik untuk anda kenali. Di sepilok orang hutan rehabilitation pastinya akan menggamit seribu satu kenangan untuk anda dan hidupan terpelihara ini. Banyak lagi pusat penjagaan hidupan liar yang anda boleh lawati di sabah.

          Selain daripada itu, keindahan Bunga reflesia pasti memikat hati anda. Bunga yang terbesar di dunia ini telah menjadikan sabah sebagai salah satu tempat habitatnya. Anda boleh melihat sendiri bagaimana kehidupan ini dipelihara dan meneruskan habitatnya.

6.    Makanan tradisional.



Selain daripada makanan laut, makanan tradisional yang bermacam jenis merupakan salah satu sebab mengapa anda perlu jadikan sabah sebagai destinasi percutian anda. Jangan ragu- ragu lagi dengan halal, kerana kini banyak restoran –restoran yang dimajukan oleh anak tempatan yang mengusahakan makanan-makanan tradisional. Seandainya anda berdekatan dengan Bandar kk. Anda boleh terus ke Pak Man resepi. Banyak makan tradisional yang dijual di sana.




Kerjaya Sebagai Safety and Health Officer

Setiap pekerjaan mempunyai cabaran dan dugaan yang berlainan. Tidak wajar juga untuk kita mengatakan bekerja sebagai tukang sapu itu tidak mencabar dan tidak memberikan sebarang tekanan “stress”. Begitu juga bekerja sebagai seorang safety SHO sememangnya satu kerjaya yang bakal menguji minda dan mental anda.
Apa itu Safety And Health Officer?
Pernahkah anda lihat mana-mana carta organisasi syarikat? pastinya anda akan melihat satu jabatan yang diberi nama jabatan keselamatan dan kesihatan (safety and health department). Bahagian ini tempat SHO bekerja menerajui satu bahagian bagi memastikan keselamatan dan kesihatan perkerja terjamin.
Namun di Malaysia skop pekerjaan yang berada di tahap low-risk belum lagi diwajibkan melantik SHO. Ianya hanya tertumpu kepada skop pekerjaan yang memiliki risiko kerja yang tinggi. Kita ambil contoh, pembinaan, kilang, lading kelapa sawit dan banyak lagi.
Bidang tugas safety and health officer.
            Kerja sebagai SHO ini, kita tidak pernah terlari daripada undang-undang, akta-akta, dan peraturan. Semestinya, dua kitab yang seharusnya ada sentiasa disisi anda sebagai rujukan anda iaitu occupational safety and health OSHA 1994 dan juga factory machinery act. Selain itu, undang-undang lain yang patut menjadi rujukan yang berkaitan mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.   
            Di dalam buku Akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994, ada menyebut mengenai tugas- tugas SHO. Peraturan 18 kewajipan pegawai keselamatan dan kesihatan.
18. adalah menjadi kewajipan seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan –
(a) untuk menasihati majikan atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi suatu tempat kerja mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan orang-orang yang diambil kerja di tempat kerja itu.
(b) untuk memeriksa tempat kerja untuk menentukan sama ada apa-apa jentera, loji, peralatan,bahan, perkakas atau proses atau apa-apa jenis kerja kasar yang digunakan di tempat kerja, yang boleh menyebabkan kecederaan anggota ke atas mana-mana orang yang bekerja di tempat kerja.
(c) untuk menyiasat apa-apa kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja.

(d) untuk membantu majikan atau jawatankuasa keselamatan dan kesihatan jika ada, menurut peraturan 11 peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan) 1996 dalam menganjurkan dan melaksanakan program keselamatan dan kesihatan  pekerja di tempat kerja.
(e) untuk menjadi setiausaha kepada jawatankuasa keselamatan dan kesihatan jika ada, sebagaimana yang dinyatakan di bawah subperaturan 6(2) peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan)1996 dan melaksanakan semua fungsi setiausaha sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan itu;
(f) untuk membantu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan dalam mana-mana pemeriksaan sesuatu tempat kerja bagi maksud memeriksa keberkesanan apa-apa langkah yang diambil bagi mematuhi Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah akta;
(g) untuk memungut, menganalisis dan menyenggara statistik mengenai apa-apa kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja;
(h)  untuk membantu mana-mana pegawai pada menjalankan kewajipan dibawah akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah akta,dan
(i) untuk menjalankan apa-apa arahan lain yang dibuat oleh majikan atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi tempat kerja atas apa-apa perkara yang berkaitan denga keselamatan dan kesihatan tempat kerja.
Kelebihan manjadi seorang pegawai keselamatan dan kesihatan.
Kerjaya sebagai seorang sho sememangnya mencabar dan memberikan risiko yang tinggi. Namun, hasil yang akan kita dapat setelah terlibat dalam kerjaya ini pasti membuatkan anda bangga dengan diri anda sendiri. Lebih-lebih lagi yang menjadi sho di pelantar-pelantar minyak. Gaji-gaji SHO bagi yang bekerja offshore bole mencecah 20k. tapi bagi yang baru lulus sijil, anda disarankan agar bekerja dahulu di sektor pembinaan.
Selain pendapatan yang lumayan, anda juga dapat menambah ilmu pengatahuan anda. Ini kerana, anda tidak tertumpu kepada suatu kerja sahaja.anda terlibat dalam semua proses kerja. Oleh itu, siapkan ilmu pengetahuan anda supaya tidak diperbodohkan oleh orang yang sentiasa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri dan kelompok kerja nya.
Cara nak jadi safety and health officer.
Kepada yang berminat nak jadi SHO,anda diwajibkan untuk menghadiri kursus yang dijalankan selama 21 hari bagi yang fulltime. Dalam kursus ini, anda akan belajar pelbagai jenis subjek termasuklah akta-akta yang berkaitan. Selain itu juga, selain daripada akta anda juga akan belajar mengenai ilmu-ilmu kejuruteraan, ilmu perubatan dan lain-lain lagi.
Setelah menghadiri kursus,anda perlulah lulus keempat-empat kertas peperiksaan. Kertas 1,2 dan 3 dalam bentuk teori dan untuk kertas 4 anda perlu memilih tajuk untuk dibentangkan kepada panel-panel yang terpilih. Setelah lulus, anda mestilah bekerja di bahagian yang terlibat dengan keselamatan dan kesihatan selama dua tahun. Kemudian, anda akan mendapat passport atau lebih dikenali sebagai greenbook.

Bagi yang berminat boleh menghubungi pejabat NIOSH berdekatan anda. Yuran sebanyak RM2,500.00 Tidak termasuk GST. 

Saturday, March 18, 2017

TIPS SIHAT WALAUPUN MEROKOK.

Berhenti merokok bukanlah sesuatu yang  mudah untuk dilakukan oleh seseorang individu. Ianya memerlukan azam yang tinggi serta disiplin dalam memastikan dia benar-benar memutuskan jiwanya dengan rokok. Ada terkadang kita terlihat abang atau member kita yang berhenti merokok hanya untuk tempoh masa tertentu. Contohnya setahun,sebulan, seminggu, sehari.
Namun golongan-golongan begini seharusnya mendapatkan pengiktirafan yang tertinggi kerana telah mencuba sedaya upaya untuk berhenti. Bagi yang dah berhenti. Tahniah anda adalah wira harapan Negara. Namun  yang masih lagi atau yang telah kembali ke pangkal jalan. Ini artikel yang korang patut baca bagi kurangkan cas-cas negative yang disalurkan ke badan anda.
1.       BERSUKAN.
Seperti yang kita tahu, bersukan merupakan salah satu rutin harian yang perlu dilakukan bagi memastikan kita sihat dan bertenaga. Jogging merupakan salah satu sukan yang banyak memberikan manfaat kepada jantung anda. Anda juga pasti tahu bahawa masalah jantung merupakan penyakit yang mungkin bakal anda hadapi sebagai sebagai seorang perokok.

2.       MINUM AIR SUAM SECUKUPNYA.
Pasti ini bukanlah artikel yang anda baca. kebanyakan artikel yang ditulis tentang penjagaan kesihatan pasti menekan anda supaya minum air suam dengan secukupnya. Sememangnya cara ini merupakan salah satu cara baik serta menjadi starter pack bagi yang sedar untuk hidup secara  sihat.

3.       BANGUN PAGI TERUS MINUM AIR.
Setelah bangun dari tidur, jangan mulakan hari anda untuk terus merokok. Kesannya sangat tinggi. Mulakan dengan meminum air secara berdiri dengan kepala didongakkan ke atas dengan tujuan membersihkan kahak yang tertinggal semasa tidur. Kemudian baiklah anda teruskan rutin anda dengan sarapan pagi.

4.       JANGAN BIARKAN TEKAK DAN PERUT KOSONG.
Biasakan diri anda untuk minum atau makan dahulu sebelum merokok. Pastinya merokok setelah makan itu merupakan satu nikmat yang dicari bagi setiap merokok. Seakan tidak lengkap menu makanan tanpa sebatang rokok. Sepatutnya ianya diletak di dalam menu sebagai desert.

5.       DERMA DARAH.
Mungkin cara ini agak sukar bagi perokok-perokok tegar sekalian. Tapi seharusnya anda tetapkan dalam diri anda untuk menderma darah sekurangnya setahun sekali.secara logiknya menderma darah dapat mengurangkan nikotin yang ada dalam badan dan jiwa perokok.

Kesimpulannya, merokok membahayakan kesihatan. Jangan biarkan yang negative berkampung di dalam badan anda!!