Sabah merupakan salah satu tempat
percutian yang sangat menarik di dunia. Jauh dairpada pencemaran udara oleh
tangan-tangan dan hati-hati yang mahu mengaut keuntungan semata. Hutan hujan
tropika yang tebal serta keindahan flora dan fauna yang pastinya memukau setiap
pelancong yang datang melawat. Ini sebab mengapa sabah patut dijadikan
destinasi percutian anda.
1.
Pulau-pulau
yang tercantik di Asia.
Keindahan pulau-pulau di sabah tidak
boleh dipertikaikan lagi. Semua orang tahu sabah kaya dengan sumber aslinya.
Keindahan air laut yang jernih membuatkan jiwa anda terpukau dengan keindahan
semula jadi yang ada di sabah. Antara pulau-pulau yang anda boleh lawati ialah
pulau manukan, pulau sipadan, pulau sapid dan banyak lagi. Kepelbagaian
aktiviti di pulau-pulau ini juga turut menjadi perhatian pelancong antaranya,
snorkeling, banana boat, sea walking dan pelbagai lagi.
2.
Gunung
kinabalu.
Siapa tidak kenal dengan kisah si
Akinabalu kan??? Gunung yang tertinggi di asia tenggara ini semestinya membawa
1001 cerita yang akan menjadikan pengalaman yang paling indah dalam seumur
hidup anda. Anda akan teruja melihat pemandangan sekitar gunung ini.
3.
Makanan
laut boleh didapati dengan harga yang sangat murah.
Makanan laut menjadi tidak asing lagi
bagi mereka yang bercuti ke sabah. Kekayaan hasil laut sabah menjadi faktor
kepada kepelbagaian jenis masakan laut. Selain itu, makanan laut ini boleh
didapati dengan harga yang sangat rendah terutamanya di bahagian timur sabah,
iaitu Tawau dan Sandakan. Anda boleh mendapatkan udang hanya dengan harga
RM10/KILO. Murahkan??
4.
Kepelbagaian
kaum
Sabah merupakan negeri kedua terbesar
di Malaysia. Semestinya memiliki kepelbagaian kaum,bangsa dan agama. Di sabah
sebanyak 38 etnik yang berbeza. Dan yang menariknya anda akan merasai
kepelbagaian loghat melayu di setiap daerah yang anda lawati. Sampai di timur
sabah anda akan dengar seolah-olah mereka bercakap seperti orang Indonesia,
lain pula di bahagian kota kinabalu penggunaan bahasanya lebih baku, berlainan lagi
di setiap daerah yang lawati. Menarikkan?? Mereka masih lagi berdiri bersama di
atas nama sebuah negeri walaupun berlainan bangsa.
5.
Kekayaan
hasil hutan yang mencuri perhatian anda
Selain daripada kekayaan hasil laut,
sabah juga memiliki keindahan flora dan fauna yang memikat hati anda. Pelbagai
jenis tumbuhan dan binatang boleh didapati di sabah. Orang utan merupakan salah
satu haiwan yang menarik untuk anda kenali. Di sepilok orang hutan
rehabilitation pastinya akan menggamit seribu satu kenangan untuk anda dan
hidupan terpelihara ini. Banyak lagi pusat penjagaan hidupan liar yang anda
boleh lawati di sabah.
Selain
daripada itu, keindahan Bunga reflesia pasti memikat hati anda. Bunga yang
terbesar di dunia ini telah menjadikan sabah sebagai salah satu tempat
habitatnya. Anda boleh melihat sendiri bagaimana kehidupan ini dipelihara dan
meneruskan habitatnya.
6.
Makanan
tradisional.
Selain daripada makanan laut, makanan
tradisional yang bermacam jenis merupakan salah satu sebab mengapa anda perlu
jadikan sabah sebagai destinasi percutian anda. Jangan ragu- ragu lagi dengan
halal, kerana kini banyak restoran –restoran yang dimajukan oleh anak tempatan
yang mengusahakan makanan-makanan tradisional. Seandainya anda berdekatan
dengan Bandar kk. Anda boleh terus ke Pak Man resepi. Banyak makan tradisional
yang dijual di sana.
No comments:
Post a Comment