Setiap pekerjaan
mempunyai cabaran dan dugaan yang berlainan. Tidak wajar juga untuk kita
mengatakan bekerja sebagai tukang sapu itu tidak mencabar dan tidak memberikan
sebarang tekanan “stress”. Begitu juga bekerja sebagai seorang safety SHO
sememangnya satu kerjaya yang bakal menguji minda dan mental anda.
Apa
itu Safety And Health Officer?
Pernahkah anda lihat
mana-mana carta organisasi syarikat? pastinya anda akan melihat satu jabatan
yang diberi nama jabatan keselamatan dan kesihatan (safety and health
department). Bahagian ini tempat SHO bekerja menerajui satu bahagian bagi
memastikan keselamatan dan kesihatan perkerja terjamin.
Namun di Malaysia skop
pekerjaan yang berada di tahap low-risk belum lagi diwajibkan melantik SHO.
Ianya hanya tertumpu kepada skop pekerjaan yang memiliki risiko kerja yang
tinggi. Kita ambil contoh, pembinaan, kilang, lading kelapa sawit dan banyak
lagi.
Bidang
tugas safety and health officer.
Kerja sebagai SHO ini, kita tidak pernah terlari
daripada undang-undang, akta-akta, dan peraturan. Semestinya, dua kitab yang
seharusnya ada sentiasa disisi anda sebagai rujukan anda iaitu occupational
safety and health OSHA 1994 dan juga factory machinery act. Selain itu, undang-undang
lain yang patut menjadi rujukan yang berkaitan mengenai keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja.
Di dalam buku Akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan
1994, ada menyebut mengenai tugas- tugas SHO. Peraturan 18 kewajipan pegawai
keselamatan dan kesihatan.
18. adalah menjadi kewajipan
seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan –
(a) untuk menasihati
majikan atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi suatu tempat kerja
mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi kepentingan keselamatan dan
kesihatan orang-orang yang diambil kerja di tempat kerja itu.
(b) untuk memeriksa
tempat kerja untuk menentukan sama ada apa-apa jentera, loji, peralatan,bahan,
perkakas atau proses atau apa-apa jenis kerja kasar yang digunakan di tempat
kerja, yang boleh menyebabkan kecederaan anggota ke atas mana-mana orang yang
bekerja di tempat kerja.
(c) untuk menyiasat
apa-apa kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan
atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja.
(d) untuk membantu majikan
atau jawatankuasa keselamatan dan kesihatan jika ada, menurut peraturan 11
peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Jawatankuasa
Keselamatan Dan Kesihatan) 1996 dalam menganjurkan dan melaksanakan program
keselamatan dan kesihatan pekerja di
tempat kerja.
(e) untuk menjadi
setiausaha kepada jawatankuasa keselamatan dan kesihatan jika ada, sebagaimana
yang dinyatakan di bawah subperaturan 6(2) peraturan-peraturan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan)1996 dan
melaksanakan semua fungsi setiausaha sebagaimana yang dinyatakan dalam
peraturan-peraturan itu;
(f) untuk membantu
jawatankuasa keselamatan dan kesihatan dalam mana-mana pemeriksaan sesuatu
tempat kerja bagi maksud memeriksa keberkesanan apa-apa langkah yang diambil
bagi mematuhi Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah akta;
(g) untuk memungut,
menganalisis dan menyenggara statistik mengenai apa-apa kemalangan, kejadian
berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat
kerja;
(h) untuk membantu mana-mana pegawai pada
menjalankan kewajipan dibawah akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di
bawah akta,dan
(i) untuk menjalankan
apa-apa arahan lain yang dibuat oleh majikan atau mana-mana orang yang bertanggungjawab
bagi tempat kerja atas apa-apa perkara yang berkaitan denga keselamatan dan
kesihatan tempat kerja.
Kerjaya sebagai seorang
sho sememangnya mencabar dan memberikan risiko yang tinggi. Namun, hasil yang
akan kita dapat setelah terlibat dalam kerjaya ini pasti membuatkan anda bangga
dengan diri anda sendiri. Lebih-lebih lagi yang menjadi sho di
pelantar-pelantar minyak. Gaji-gaji SHO bagi yang bekerja offshore bole
mencecah 20k. tapi bagi yang baru lulus sijil, anda disarankan agar bekerja
dahulu di sektor pembinaan.
Selain pendapatan yang
lumayan, anda juga dapat menambah ilmu pengatahuan anda. Ini kerana, anda tidak
tertumpu kepada suatu kerja sahaja.anda terlibat dalam semua proses kerja. Oleh
itu, siapkan ilmu pengetahuan anda supaya tidak diperbodohkan oleh orang yang
sentiasa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri dan kelompok kerja nya.
Cara
nak jadi safety and health officer.
Kepada yang berminat
nak jadi SHO,anda diwajibkan untuk menghadiri kursus yang dijalankan selama 21
hari bagi yang fulltime. Dalam kursus ini, anda akan belajar pelbagai jenis
subjek termasuklah akta-akta yang berkaitan. Selain itu juga, selain daripada
akta anda juga akan belajar mengenai ilmu-ilmu kejuruteraan, ilmu perubatan dan
lain-lain lagi.
Setelah menghadiri
kursus,anda perlulah lulus keempat-empat kertas peperiksaan. Kertas 1,2 dan 3
dalam bentuk teori dan untuk kertas 4 anda perlu memilih tajuk untuk
dibentangkan kepada panel-panel yang terpilih. Setelah lulus, anda mestilah
bekerja di bahagian yang terlibat dengan keselamatan dan kesihatan selama dua
tahun. Kemudian, anda akan mendapat passport atau lebih dikenali sebagai
greenbook.
Bagi yang berminat
boleh menghubungi pejabat NIOSH berdekatan anda. Yuran sebanyak RM2,500.00
Tidak termasuk GST.
Salam Tuan
ReplyDeleteSaya Alif berminat untuk menjadi safety officer ni. Saya kelulusan diploma kejuruteraan mekanikal. Saya menanyakan berkaitan saingan diantata pemegang sijil safety dengan pelajar yang ada kelulusan ijazah dalam bidang tersebut?
saya mendapat D dalam matapelajaran matematik adakah saya layak untuk menjadi seorang SHO?
ReplyDelete