Berhenti
merokok bukanlah sesuatu yang mudah
untuk dilakukan oleh seseorang individu. Ianya memerlukan azam yang tinggi
serta disiplin dalam memastikan dia benar-benar memutuskan jiwanya dengan
rokok. Ada terkadang kita terlihat abang atau member kita yang berhenti merokok
hanya untuk tempoh masa tertentu. Contohnya setahun,sebulan, seminggu, sehari.
Namun
golongan-golongan begini seharusnya mendapatkan pengiktirafan yang tertinggi
kerana telah mencuba sedaya upaya untuk berhenti. Bagi yang dah berhenti.
Tahniah anda adalah wira harapan Negara. Namun
yang masih lagi atau yang telah kembali ke pangkal jalan. Ini artikel
yang korang patut baca bagi kurangkan cas-cas negative yang disalurkan ke badan
anda.
1. BERSUKAN.
Seperti yang kita tahu,
bersukan merupakan salah satu rutin harian yang perlu dilakukan bagi memastikan
kita sihat dan bertenaga. Jogging merupakan salah satu sukan yang banyak
memberikan manfaat kepada jantung anda. Anda juga pasti tahu bahawa masalah
jantung merupakan penyakit yang mungkin bakal anda hadapi sebagai sebagai
seorang perokok.
2. MINUM
AIR SUAM SECUKUPNYA.
Pasti ini bukanlah artikel yang
anda baca. kebanyakan artikel yang ditulis tentang penjagaan kesihatan pasti
menekan anda supaya minum air suam dengan secukupnya. Sememangnya cara ini
merupakan salah satu cara baik serta menjadi starter pack bagi yang sedar untuk
hidup secara sihat.
3. BANGUN
PAGI TERUS MINUM AIR.
Setelah bangun dari tidur,
jangan mulakan hari anda untuk terus merokok. Kesannya sangat tinggi. Mulakan
dengan meminum air secara berdiri dengan kepala didongakkan ke atas dengan
tujuan membersihkan kahak yang tertinggal semasa tidur. Kemudian baiklah anda
teruskan rutin anda dengan sarapan pagi.
4. JANGAN
BIARKAN TEKAK DAN PERUT KOSONG.
Biasakan diri anda untuk minum
atau makan dahulu sebelum merokok. Pastinya merokok setelah makan itu merupakan
satu nikmat yang dicari bagi setiap merokok. Seakan tidak lengkap menu makanan
tanpa sebatang rokok. Sepatutnya ianya diletak di dalam menu sebagai desert.
5. DERMA
DARAH.
Mungkin cara ini agak sukar
bagi perokok-perokok tegar sekalian. Tapi seharusnya anda tetapkan dalam diri
anda untuk menderma darah sekurangnya setahun sekali.secara logiknya menderma
darah dapat mengurangkan nikotin yang ada dalam badan dan jiwa perokok.
Kesimpulannya,
merokok membahayakan kesihatan. Jangan biarkan yang negative berkampung di
dalam badan anda!!
No comments:
Post a Comment