Sunday, March 19, 2017

Tips putihkan gigi untuk si perokok tegar

Semua orang mengimpikan gigi yang bersih,putih dan teratur. Namun cara penjagaannya bukanlah mudah seperti yang kita sangkakan. Terutamanya pada golongan yang merokok. Kesan daripada tar dan juga bahan kimia yang ada pada rokok memberikan sedikit sebanyak peyumbang kepada kekuningan pada gigi anda. Tak percaya??? Tanya pada diri??
Nak kembali putihkan gigi anda mungkin ini beberapa perkara yang boleh membantu anda untuk kembalikan zaman kanak-kanak anda…
1.       Strawberi.
Mungkin ramai yang tak percaya artikel yang di tuliskan ini. Namun anda harus percaya bahawa penggunaan strawberi sebagai salah satu cara untuk memutihkan gigi ini diaplikasikan oleh artis-artis tekenal diluar negara Negara seperti tyra banks dan Catherine zeta jones.

Strawberi merupakan salah satu buah-buahan yang kaya dengan vitamin C menyebabkan ianya menjadi  salah satu buah-buahan yang patut ada bagi memutihkan gigi semula. Namun begitu, pasti sukar untuk mendapatkan buah strawberi di Negara kita ekoran iklim yang tidak sesuai.
jangan risau,ada banyak lagi cara teruskan membaca.

2.       Hydrogen peroxide.
Dengar nama nya sudah pasti ianya sejenis bahan kimia. Namun jangan takut kerana penggunaan bahan kimia secara terkawal tidak akan memudaratkan, sebaliknya penggunaan yang berlebihan boleh membawa kepada kerosakan gigi.

Bahan kimia ini merupakan sejenis bahan kimia yang digunakan sebagai agen untuk menyegarkan makanan. Penggunaan hydrogen peroxide ini dapat menghakis kuning pada gigi seterusnya membuatkan gigi anda menjadi putih dan bersih.

3.       Minyak kelapa.
Semestinya pokok yang terkenal sebagai pokok seribu guna ini terus digunakan sebagai salah satu agen dalam memutihkan gigi.  Penggunaan minyak kelapa ini membuatkan gigi anda bersih daripada pluk seterusnya memutihkan gigi anda yang kekuningan.

Penggunaannya sangat mudah, sediakan satu sendok minyak kelapa, kumurkan dan buang. Kemudian bersihkan dengan air suam. Mudahkan.

4.       Garam dan lemon.
Seperti yang kita tahu kedua bahan ini merupakan suatu kombinasi yang agak baik dalam kerja-kerja menghakis. Jadi saya simpankan kombinasi ini di dalam artikel kerana saya percaya ini merupakan cara yang bakal menghasilkan kepuasan kepada diri anda. 

Selamat mencuba!! 

No comments:

Post a Comment